Freeware
10 Freeware Penting
1. AVAST! HOME EDITION (ANTI – VIRUS)
Avast! Home Edition- Anti-Virus Tools adalah perisian yang lengkap da ianya percuma untuk kegunaan rumah. Antaramuka yang ringkas dan mesra pengguna memudahkan pengguna di samping ianya menyediakan perlindungan yang maksima.Perisian ini juga boleh didapati dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.
2. FILEZILLA- FTP PROGRAMS
FileZilla adalah perisian FTP/SFTP sumber terbuka yang mempunyai sebuah pengurus fail, penyokong Firewall dan Proxy serta fungsi Keep Alive. Anda boleh cuba perisian percuma ini untuk memudahkan anda untuk proses membina laman web .
http://filezilla.sourceforge.net
3. FILE ENCRYPTION DARI KAKASOFT.COM
Sekiranya anda tidak mahu foto privasi anda tersebar luas menerusi e-mail ataupun melalui internet, perisian dari KakaSoft ini wajar anda miliki. Dengan perisian ini anda juga boleh menyimpan fail-fail peribadi yang sulit , rahsia atau privasi dengan selamat.
Aplikasi pengunci file ini memang berkesan, pantas dan mudah digunakan. Selain boleh menyimpan file dari notebook ataupun komputer anda, perisian ini juga mampu mengunci file dalam storan mudah alih seperti Thumdrive , memori flash atau pemacu USB. Melalui perisian percuma ini anda mampu melindungi data penting dengan cara yang lebih senang.
Perisian percuma ini menyokong pelbagai sistem operasi (OS) Windows (termasuk XP dan kini Vista). Failnya hanya bersaiz 346kb dan ianya juga boleh didapati dari sumber lain seperti http://www.softpedia.com
Saya harap perisian ini dapat membantu anda dari menjadi mangsa dan menyesal kemudian hari sekiranya langkah-langkah keselamatan diabaikan. Utamakan Keselamatan!
3.MEMULIHKAN PC ANDA YANG LEMBAB.
Adakah anda mempunyai masalah PC yang lembab dan perlahan? Ia mungkin berpunca dari Registry windows anda. Bagaimana ia terjadi? Ia boleh terjadi setiap kali anda memuat turun (download) dan memasang sejumlah perisian dan kemudian membuang (uninstall) jika tidak diperlukan lagi. Tindakan seperti ini akan mengubah input-input dalam registry windows PC anda atau ada input-input yang tidak diperlukan lagi.
Oleh itu anda perlu membersihkan registry windows PC anda supaya kembali optimum dengan perisian percuma Wise Registry Cleaner 3 Free.
Pembersih registry mempunyai bebarapa fungsi menarik,pantas dan paling penting ianya selamat digunakan. Ia akan menganalisa dan mengimbas registry untuk mengesan mana -mana entri yang tidak tepat atau yang sudah ketinggalan. Entri yang dapat dikesan akan diperbetulkan supaya sistem menjadi lebih pantas dan stabil. Kesilapan semasa pembersihan registry juga dapat dielakkan dengan fungsi simpanan (backup). Ianya juga boleh ditetapkan kepada automatik untuk kemudahan anda.
Perisian ini adalah percuma dan juga berbayar yang menyokong pelbagai sistem operasi (OS) :
Windows 98/ME/NT/2000/XP/XP-x64/2003/Vista/Vista-x64/2008 server
Size fail: 1.05 Mb/1.15 Mb
Versi : 3.3.0
Tarikh dilancarkan : 9 April 2008
Boleh download di http://www.wisecleaner.com
No comments yet.






